takaful simpanan pendidikan haji umrah

Pelan Simpanan, Perlindungan Takaful & Kad Perubatan
 

 

Kini, hanya dengan sekali caruman sahaja, anda berpeluang mendapatkan pulangan yang lebih lumayan keatas pelaburan anda menerusi IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful, iaitu sebuah pelan yang memberikan tambah nilai kepada modal serta perlindungan secara serentak. Terdapat  tiga (3) jenis dana untuk pelaburan, yakni Dana Pertumbuhan, Dana Seimbang serta Dana Pendapatan Tetap.

 

APAKAH MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKEDTAKAFUL?

1.Pulangan & Perlindungan Tertinggi keatas Pelaburan Anda

Untuk sekali sahaja bermula dengan pelaburan RM5,000, anda sebenarnya telah mengorak langkah pertama kearah perancangan kewangan yang berhemat dengan perlindungan yang diperlukan sekiranya berlaku sebarang bencana yang membawa kepada kematian atau Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD).

 

2.Faedah Kematian atau TPD*

Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta, 100% daripada Jumlah Perlindungan (bersamaan dengan 125% daripada caruman tunggal campur amaun tambah nilai tolak pengeluaran atau nilai dana terkumpul dalam semua dana saham, bergantung kepada yang mana lebih tinggi) akan dibayar kepada peserta ataupun keluarga terdekat. 

   *tertakluk kepada syarat

MENGAPA IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKED TAKAFUL?

1.Pengeluaran Wang Tunai

Amaun pengeluaran minimum ialah RM500. Pengeluaran  separa adalah tertakluk kepada baki minimum sebanyak    RM3,000 dalam semua dana amanah. Caj untuk urus niaga pengeluaran adalah seperti berikut (tertakluk kepada caj maksimum sebanyak RM50 untuk setiap pengeluaran ).

 

 

  Tahun

   Caj Pengeluaran

   1

   2

   3

  Selepas itu

       Caj

 3%

 2%

 1%

0%

           

2.Penambahan Kadar Sumbangan

Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa, tertakluk kepada syarat berikut :

Amaun Minimum   : RM500

Amaun Maksimum : 5 kali caruman tunggal untuk setiap tahun Penambahan sumbangan akan digunakan untuk membeli  saham pelaburan tambahan dan/atau perlindungan tambahan.

 

3.Penamatan

Sijil Perakuan akan tamat setelah diserahkan atau apabila bayaran kematian atau TPD dibuat.

 

4.Yuran Tukar Ganti (setiap tahun sijil perakuan)

Tukar ganti pertama        : Percuma

Tukar ganti berikutnya    : RM50 untuk setiap tukar ganti

 

5.Syarat dan Had Umur

 

Umur Penyertaan  : Pemilik Sijil

Perakuan : 18-60 tahun, umur pada hari lahir berikutnya.

Peserta    : 1-60 tahun, umur pada hari lahir berikutnya.

Had penyertaan      

Minimum    - RM5,000

Maksimum -  tertakluk kepada keputusan penaja jaminan gandaan RM500.                            

Tempoh Tamat Umur Penyertaan

Apabila peserta mencapai umur 80 tahun, umur pada hari lahir berikutnya 

Jumlah Perlindungan                   

125% daripada caruman tunggal campur amaun tambah nilai tolak pengeluaran atau nilai dana terkumpul, bergantung kepada yang mana lebih tinggi.

                               

 

takaful