takaful simpanan pendidikan haji umrah

Pelan Simpanan, Perlindungan Takaful & Kad Perubatan
 

 

SOAL JAWAB MENGENAI KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL 

MENGAPA IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL?

 takaful

 

1.Kad Bantuan Kemasukan Hospital (HA)

Bagi panel hospital yang diluluskan – untuk kemudahan tuntutan.

 

2. Perlindungan Komprehensif

Perlindungan ini memberi rawatan yang diperlukan yang akan dibayar mengikut caj yang berpatutan     dan diterima umum dilokasi dimana anda menerima rawatan.

 

3.Pembaharuan Sehingga Umur 70 Tahun

Sijil diperbaharui diatas keputusan peserta. Pihak Takaful IKHLAS tidak boleh menolak pembaharuan sijil dan tidak boleh menambah kepada pengecualian didalam sijil pada masa  pembaharuan. Akan tetapi, sijil ini boleh ditarik balik dari pasaran mengikut Syarat Penarikan Balik Portfolio.

 

4. Pengiraan Sumbangan Secara Berkelompok

Sumbangan Takaful adalah tidak dijamin. Akan tetapi, kenaikan kadar sumbangan adalah secara berkelompok dan perlu diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Ini bermaksub, mereka yang telah membuat tuntutan keatas sijil tidak akan dikenakan sumbangan yang lebih daripada mereka yang lain.

 

5.Tiada Had Tuntutan Setiap Hilang Upaya

Selain daripada had Tahunan Keseluruhan dan Had Jangka Hayat, tiada had lain yang dikenakan keatas jumlah tuntutan untuk setiap hilang upaya.

 

6. Kadar Sumbangan Uniseks

Sumbangan takaful dikira mengikut umur dan tidak ada perbezaan diantara sumbangan untuk lelaki dan wanita.

 

7. Sumbangan Yang Dikenakan

Sumbangan adalah berdasarkan umur pada harijadi yang akan dating dan dicarum setiap tahun pada kadar yang ditentukan semasa pembaharuan. Sumbangan adalah untuk orang yang sihat sahaja dan sumbangan tambahan dicaj kepada orang yang kurang sihat. Sumbangan tidak dijamin dan tertakluk kepada perubahan.

 

8. Permohonan Yang Mudah

Permohonan adalah sangat mudah. Sesiapa yang berumur diantara 19 hingga 60 tahun layak memohon. Sijil ini boleh  dilanjut kepada anak-anak tanggungan anda yang berumur dari 30 hari hingga 19 tahun (sehingga umur 23 tahun jika pelajar sepenuh masa).

 

takaful