Technorati Profile

takaful simpanan pendidikan haji umrah

Pelan Simpanan, Perlindungan Takaful & Kad Perubatan
 

 

 

Konsep Takaful      

                                                  

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan     Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1400 tahun.

takaful

 

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling  membantu dikalangan pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah saw yang antaranya:

 

Dalil Kerjasama :

"Allah swt akan sentiasa membantu hambaNya selagi

mereka saling membantu antara  sama  lain"

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

 

Dalil Tanggungjawab  :

"Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman

sesama mereka adalah seperti jasad,  apabila  salah 

satu  daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh

anggota yang  lain juga akan merasainya."

(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

 

Dalil Saling Melindungi :

"Demi hayatku berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa

akan masuk Syurga jika beliau tidak  melindungi jirannya

yang berada dalam kesusahan."

(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

 

Berasakan hadith diatas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujub untuk melaksanakan konsep  Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

 

Google
 

GOOGLE
ADSENSE